CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 20 Februari 2010

PAJERI LIMAU SUNKIST...

Dah lama rasanya tak makan pajeri...hmmm..duk fikir2,nak masak pajeri apa ya..?kalau pajeri nenas..risau jugak nak makan...baru2 kawin ni...kalau pajeri terung,suami pulak tak berapa nak makan...



Last2 tengok ada limau sunkist kat dapur...hmmmmmmmmmm,rasa ok gak limau sunkist ni buat pajeri...maka terhasilah pajeri limau sunkist...sedap!!rasa mcm pajeri nenas jugak...ni lah masakan untuk hari ni,pastu tambahlah ayam goreng+sambal belacan...sambal belacan ni wajib ada...kalau tak dak..tak rasa umphhhhh!!!Ni lah pejeri ku...





RENUNGAN SEJENAK...

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut seorang kiyai...

Pemuda : Anda siapa..?Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya..?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin?sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan :-
1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujudnya Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan Taqdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat
daripada api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan,sebab mereka memiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu..?

Tiba-tiba Kiayai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda(sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya..?

Kiyai : Saya tidak marah..tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan
kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya..?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit..

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada..?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu..

Pemuda : Saya tidak boleh

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa
mampu melihat wujudnya.

Pemuda : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya..?

Kiyai : Tidak

Pemuda : Itulah yang dinamakan Taqdir

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda..?

Pemuda : Kulit

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda..?

Pemuda : Kulit

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya..?

Pemuda : Sakit

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api, dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan
kehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

Khamis, 11 Februari 2010

DOA DAN HARAPAN..


Alhamdulillah..8 Februari 2010,borang KPLI pun keluar,9 hb ana p beli no pin kt BSN,balik terus isi..banyak jugak la yang kena isi..yang lawaknya..pd item kurang upaya ana tak tau nak letak ya atau tidak..kat situ tulis "rabun dengan menggunakan alat"..ana pikir..ana memang rabun dan pakai spek..ana tergolongkah..??ermmmmm...last2 call mak,coz masa isi abang tak da rumah,dia p keja..jadi malas nak ganggu..jd tanya la mak..."mak,kak long nak isi apa..?rabun ka dak..?"mak pun kata.."letak ja tak rabun,semua ok.."ermmmmmmm...rabun ni pun kurang upaya jugak sebenarnya..bila fikir,allah dah tarik sedikit demi sedikit nikmat yang dia beri...ya Allah..aku bersyukur dengan pemberian yang engkau kurniakan...terima kasih Allah..!!


Ermmm..nak tau jawapan dalam bulan 3...doa tu dapatla,apapun berserah pada rezeki yang Allah beri,selain tu mintak jugak jawatan-jawatan kosong yang diiklankan..alhamdulillah dah hantar..apapun tengah tunggu jawapan..


Dan sekarang ni,menunggu anugerah dari Allah..doa2 adala rezeki...setiap wanita impikan zuriat yang soleh dan solehah..insyaallah,Allah Maha Mendengar dan Maha Besar...Ya Allah kurniakan aku serta suamiku zuriat yang soleh dan solehah serta sihat tubuh badan..ameen...

Ahad, 7 Februari 2010

TANDA-TANDA HATI YANG HIDUP


Setiap manusia dikurniakan sekeping hati..iaitu hati yang zahir dan tersembunyi,Ibnu Qayyim berkata,hati dibahagi kepada 3;


1-hati yang mati (hati yang tidak bernilai)

2-hati yang sakit

3-hati yang hidup


Allah swt memberi kita dua jalan,samada kita memilih jalan yang baik atau jalan yang buruk..oleh itu,manakah pilihan kita..?


Tanda-tanda hati yang hidup:


1-sentiasa berlapang dada

*sentiasa berlapang dada dlm apa jua keadaan..apabila masuknya cahaya iman ke dlm hati kita,maka pilihan kita ialah akhirat yang kekal abadi


2-bergetar ketika nama Allah,Islam,rasul dan dakwah disebut

*"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Nya bertambahlah Iman mereka, dan kepada Rabblah mereka bertawakal" (surah al-Anfal:2)


3-khusyu'

*ada kelembutan dan ketenangan dalam segala hal yang berpaksikan Iman dan Islam,jika hati khusyu'..maka khusyu'lah seluruh anggota badannya


4-cepat dipengaruhi oleh nasihat


5-merasai manisnya Iman


6-hati yang hidup,hati yang sentiasa merasai dekat dengan Allah