Setiap manusia dikurniakan sekeping hati..iaitu hati yang zahir dan tersembunyi,Ibnu Qayyim berkata,hati dibahagi kepada 3;
1-hati yang mati (hati yang tidak bernilai)
2-hati yang sakit
3-hati yang hidup
Allah swt memberi kita dua jalan,samada kita memilih jalan yang baik atau jalan yang buruk..oleh itu,manakah pilihan kita..?
Tanda-tanda hati yang hidup:
1-sentiasa berlapang dada
*sentiasa berlapang dada dlm apa jua keadaan..apabila masuknya cahaya iman ke dlm hati kita,maka pilihan kita ialah akhirat yang kekal abadi
2-bergetar ketika nama Allah,Islam,rasul dan dakwah disebut
*"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Nya bertambahlah Iman mereka, dan kepada Rabblah mereka bertawakal" (surah al-Anfal:2)
3-khusyu'
*ada kelembutan dan ketenangan dalam segala hal yang berpaksikan Iman dan Islam,jika hati khusyu'..maka khusyu'lah seluruh anggota badannya
4-cepat dipengaruhi oleh nasihat
5-merasai manisnya Iman
6-hati yang hidup,hati yang sentiasa merasai dekat dengan Allah

0 ulasan:
Catat Ulasan